Isnin, 6 Januari 2014

7 makanan yang tidak boleh dimakan ketika perut kosong..

Makanan Yang Seharusnya di Hindari
Ketika Perut Kosong
Sebelum menjalani aktiviti.Setiap orang biasanya akan terus melahap makanan tanpa mempedulikan risikonya apatah lagi semasa perut tengah kong,macam SA jugak..huhu...Jika boleh,elakkan mengambil mengambil makanan sesuka hati.
Seperti dikutip dari web GeniusBeauty, ada
beberapa makanan yang tidak boleh dimakan
ketika perut anda kosong.Diantaranya ialah:

1. Pisang
Buah pisang mengandungi banyak
magnesium. Ini akan menyebabkan
merosakkan batas keseimbangan kalsium dan
magnesium dalam tubuh. Akibatnya, risiko
penyakit kardiovaskular meningkat.

2. Yoghurt
Yoghurt baik diminum dua jam setelah makan
atau sebelum tidur. Jangan mengambilnya
ketika perut anda masih kosong. Sebab,
manfaat yang terkandung dalam yoghurt akan
hilang malah menimbulkan penyakit
kardiovaskular.

3.Buah Limau
Buah limau mengandung asid sitrat yang
tinggi. Apabila anda makan limau semasa
perut masih kosong, ia akan memicu reaksi
alergi dan menyebabkan peradangan pada
lapisan perut (gastritis @ radang perut).

3. Tomato
Makanan ini mengandungi pektin dan asid
tannic yang memiliki konsentrasi tinggi
sehingga kedua-dua zat tersebut berkontribusi
pada pembentukkan batu lambung.

4. Bawang putih, makanan dalam tin, dan
daging
Perut masih kosong dan anda makan jenis
makanan ini, anda akan terkena kejang
lambung [gastrospasma].

5. Mentimun, paprika, dan kubis
Meskipun termasuk dalam jenis sayuran, tiga
jenis makanan ini dapat menyebabkan iritasi
lambung [keadaan atau rasa tidak selesa
(gatal-gatal, pedih, sakit, bengkak, panas dsb)
pd sesuatu bahagian tubuh akibat sesuatu
rangsangan, kerengsaan]

6. Ubi keledek
Makanan ini dapat menimbulkan sensasi
"perut berat" apabila anda memakannya ketika
perut anda masih kosong.

7. Minuman manis
Banyak orang yang menganggap minuman
manis dapat memberikan energi dan sering
dijadikan sebagai pembuka makan pagi.
Namun, sebenarnya anggapan itu salah.
Minuman manis harus dihindari ketika perut
anda belum terisi apapun. Hal ini dapat
menimbulkan peningkatan kadar gula dalam
darah dan keseimbangan asid-bes pun
terganggu.

Adalah lebih baik minum air kosong segelas terlebih dahulu disertakan dengan beberapa keping biskut.Moga bermanfaat...

Ahad, 5 Januari 2014

(lirik)Pertemuan Dua Hati-Gravity

Petang ol..Kali ni CSA nak kongsikan lagi lirik lagu leleh jiwang petang menanti malam.Gravity lagi..xda lain ke..hehehe...sori...

Aku selimuti malam
Dengan kisah siang hari
Pertemuan dua hati
Jejak yang lama kucari

Kau masih seperti dulu
Tidak mengawal emosi
Terlalu menggenggam janji
Janji yang menagih bukti

Cinta..hanya satu perkataan
Namun telah menguasai fikiran
Hingga aku sentiasa dipersalahkan

Rindu..bertukar menjadi dendam
Terpendamlah dihati paling dalam
Kau memaksa aku meneruskan jua..

Jangan pula engkau salah anggapan
Ini bukan kesinambungan cinta
Aku hanya memohon keampunan
Moga terhapus kesilapan lama

Kita tidak pernah berterus-terang
Kita menepis segala rintangan
Cinta remaja cinta yang gemilang
Hingga terpisah kerana kesilapan

Bukannya mudah mengaku salah
Setelah terhantuk baru terngadah
Maafkanlah hidupku telah berubah..

moga kalian mempertemukan apa yang dicari,dan moga terhibur..

Sabtu, 4 Januari 2014

Hantu usung keranda

Salam ol..Malam ni admin CSA nak story sket pengalaman admin melihat penampakan satu entiti yang kita sering gelar hantu..Terpulang to u ol nak percaya atau tidak..Dalam story ni admin CSA gelarkan diri sebagai Jang..
   Kejadian berlaku dalam tahun 2007.Masa tu Jang masih lagi bersekolah,form 4 dan  tinggal kat hostel.Masa kat sekolah tu,Jang sering diminta untuk membantu pak guard mengawal keselamatan sekolah bersama beberapa rakan lain.Fungsinya lebih kepada mengawal keselamatan hostel perempuan.Sebab time tu kes pencerobohan orang luar sering berlaku.Alaa..lelaki nak bawa lari anak dara orang le...Dan tak dinafikan ada juga perempuan yang tergedik rela dibawa lari..Tang tu yang kitorang nak kawal..
  Dipendekkan cerita,malam time team kitorang jaga,cuaca malam tu agak mendung,tapi bulan tetap bersinar terang siap lagi time tu bulan purnama..hehehe...(pelik tak?).Tambah lagi angin bertiup terkadang kuat ada kala sempoi je...Alahai..citer pasal hantu ke cuaca ni..?
   Baiklah,sambung crita.Base kitorang berhadapan dengan pagar utama hostel pmpuan,dalam jarak lebih kurang 50m.hostel tu ada 3 bangunan 2 tingkat,saling berhadapan.Belakang hostel pula hutan tebal dan berdekatan pagar belakang hostel ada sepohon pokok ara.(seram tak).Oh ya,sekolah Jang kalau tak salah dah berusia 50 tahun,dan pohon ara tu menurut senior dedulu memang dah ada sebelum sekolah dibina.Base kitorang dengan hostel dipisahkan dengan gelanggang bola jaring dan bola tampar.sori..panjang berjela..Jang nak bagi gambaran tempat coz nanti ada kaitan dengan crita Jang.Teruskan membaca..hehe..
   Team malam tu Jang,atoi,wil,cris,mikal,dan ery(kecuali Jang,yang lain bukan nama sebenar).Maksudnya ada 3 pasukan terdiri dari dua orang.Jang bertugas dengan atoi.Dalam lebih kurang nak dekat pukul 2 pagi,after warden bertugas wat sket check up,tngok apa yang patut,kepak ayam dan kopi kena cukup untuk bbq(untuk elak ngantok lorh..hehe),lepas tu macam biasa dorang balik tidur,tinggallah kitorang berenam.Dalam 3 team tu,4 orang akan meronda di sekitar kawasan sekolah dan 2 lagi akan berada di base untuk meninjau kawasan hostel pmpuan(x leh msuk dalam hostel,cuma tinjau dari luar pagar),yang pak guard 2 orang tu kekal berjaga kat gate utama.Malam tu angin semakin kencang tapi tak ada tanda-tanda nak ujan.Mulalah episod kena buli dek hantu..hehe..
   Malam tu Jang dengan atoi dok kat base yang lain ronda.(klau tau ada free show mlam tu,minta laluan nk dok kat base).Mulanya tiada sebarang gangguan.Jang dengan atoi macam biasa borak kosong sambil hdupkan api wat bbq.Dalam selang 10 minit gitu,kedengaran anjing ketawa..eh..salah..menyalak .Seram jugaklah bunyi anjing tu.Atoi yang tadi celoteh bercakap tetiba je senyap.Then,Jang pula bulu tengkuk dah berdiri semacam,sambil mata melilau kat asrama pmpuan.Time tu lah Jang terlihat seperti ada orang usung sesuatu keluar dari asrama perempuan di sebelah kanan.Tapi kalau orang masakan keluar dari pintu main tembus je tak buka pintu dulu..Apalagi Jang dah agak memang hantu!!
  1 keranda tu ada dalam 7 orang yang usung.6 usung 1 orang mcam jadi pengiring coz berada paling hadapan.Benda tu jalan pelan-pelan(bleh jadi melayang jugaklah,tak pasti).
   "atoi..atoi..kau lihat tak apa benda kat asrama tu?atoi..atoi.."
   sekali pandang tepi tau-tau atoi dah tapuk kt pohon bunga..apa punya kawan la...Jang tak berlengah ikut tapuk sama.
   "Jang,apa benda tu.Lain macam je.."tanya atoi.
    "aku pun nak tanya kau,siapa yang nak jawab?".
   Seingat Jang,ada 12 keranda yang diusung,mengelilingi 3 hostel perempuan tu sebanyak 11 kali,sebelum masing-masing meletakkan keranda tersebut di gelanggang bola keranjang.(kan..kan..ada kaitan dengan tempat yang Jang story tadi kan..).Then,beberapa minit kemudian,menda tu hlang.Yang jadi semakin pelik,time menda tu hilang tetiba pulak 11 orang pelajar perempuan baring terkujur kat tempat keranda diletakkan tadi.Setahu Jang,tadi time menda tu usung keranda tak nampak pun pelajar perempuan diangkat menda tu..fuhh..
   Lepas menda tu hilang,anjing menyalak lebih kuat dan bersahutan,time tu Jang dan Atoi dah pecut pi rumah cikgu Nency(warden hostel pmpuan,mampu melihat alam yang 1,dapat berinteraksi dgan mahkluk halus macam menda tu tadi,bekas askar commando,and bukan nama sebenar).Sebelum tu,melalui radio call@walkie talkie,atoi suh kawan yang 4 orang tadi balik ke base jaga amoi 11 orang tu.
   Tak perlu diceritakan,tanpa buang masa Cikgu Nency bergegas pergi ke gelanggang coz dari kejauhan dapat dengar bebudak pempuan tu macam dah kena rasuk.
  Sampai kat gelanggang,kebanyakkan warden lelaki dan pmpuan dh bkumpul kawal keadaan.Proses pemulihan tu agak lama juga.Susah nak cerita.Tapi dari apa yang Jang dengar,salah seorang pelajar yang mewakili 11 orang lagi dan "mewakili" menda tu beri amaran,bersihkan tempat di sekeliling kawasan pohon ara kat belakang asrama tu yang menjadi tapak pembuangan "roti".11 orang pelajar tu kerap buang "roti" kat situ.Jika tidak,keranda yang ke-12 akan diisi dengan semua jiwa pelajar perempuan.
   Lebih kurang gitulah kisahnya.Pagi tu,11 orang pelajar tu diperintah mengutip balik "emas" yang dibuang kat situ sambil ditemani seorang ahli agama dan Cikgu Nency.

Lirik mainan api cinta-gravity

petang ol. .Time gini memang seswai layan lagu-lagu jiwang erk. .Ni CSA kongsikan pula lirik lagu gravity(gravity lagi..),mainan api cinta. .camne tu...

Hujan turun bersama kita berpayung
Rasakan kasihku bernaung
Mahligai cinta ini yang aku sudah lama menanti
Merenjis mawar dihati putri..

Saat itu racun bagaikan madu
Pilihku kerna kau lebih tahu
Segala kekurangan paras rupa harta kekayaan
Yang ku miliki laksana kiamat
Mengharap asa agar tidak kesampaian..

Kuucapkan selamat datang kau ke teratak ibu
Kau kenali dengan pertemuan mata ini
Hanya kau mengerti jurang yang ada
Antara kita untuk engkau
Buat keputusan tanpa sesali

Akhirnya kau pilihku diriku cintaku
Tanpa dia yang membawa ke syurga selamanya..

Andaiku turuti kasih
Mainan api cinta
Pastinya ku terbakar
Dalam rahmatnya kuasa...
Sesal bersamamu...

Hujan turun tiada ku berpayung
Tiada lagi rasa kasih bernaung
Walaupun ribut taufan rela aku dalam kebasahan
Membiar diri dan terlihat engkau payung bersama
Mangsamu yang kedua...

Panjang juga liriknya. .huhuhu. . .

Jumaat, 3 Januari 2014

Filem Highland Tower

sedikit ulasan dari blog yang CSA kunjungi..Seperti admin blog ni,CSA juga senada dengan pandangannya..

http://www.murai.com.my/article/articleid/381350/hantu-sebenar-muncul-dalam-filem-highland-tower/ms/1

mistik-filem seram cemas

ellow korang. .Kali ni CSA nak cerita sket pasal filem mistik ni. .Filem kegemaran CSA masa kecik-kecik dulu. .hehehe. .
   Filem mistik ni dah lama jugak lah..Kalau tak silap tayangan tahun 2004 dulu terbitan Metrowealth..Bagi CSA filem ni tak lah seram.Tapi yang bestnya banyak slot misteri.Contohnya misteri Pulau Bayu Biru,misteri Perkuburan lama,misteri banglo lama,misteri pembunuhan kat banglo tersebut,misteri orang tua berjubah hitam...kih..kih..kih..Banyak lagi la misteri kat situ..
   Dalam cerita ni adalah sekumpulan mahasiswa siswi yang dok berani-berani takut nak pi buat research tentang misteri sebuah pulau yang dihuni menda halus(dah tau ada menda alus takyah lah wat research kat sana..kui3x)..Pulau tu namanya Bayu biru.:)terpendeklah crita ni,blum sampai kat pulau tu dorang dah kna buli dek menda alus tu,time jefry dok terjun dari perahu cari menda alus tu yang disangkakan kawannya si Anum kelemasan..apelah kau jefry..huhu..
   Tapi dalam banyak-banyak slot part yang ku suka time kat banglo lama tu..suka dengan rekabentuk banglo tu yang bercirikan era kolonial british.:)CSA taknak lah crita pepanjang coz korang pun  rasanya dah pernah tengok filem ni kan..Apa-apa pun filem ni CSA bagi 8 jari..huhu..Filem ni menampilkan pelakon baru yang sekarang ni tak asing lagi dalam duni lakonan seperti Cico Harahap,Farid Kamil,Nisdawati dan Ezad.

hadirmu sementara-gravity

pagi all. .waktu pagi yang ceria tapi diselubungi awan hitam nak hujan memang mengundang rasa kejiwangan kan. .kan. .kan. .Disebabkan kejiwangan yang melanda,CSA layan 1 lagu yang jiwang jugak. .best jugak woo lagu dia. .band lelama jugaklah. .Rasanya CSA pun belum lahir lagi. .ki .ki. .ki. .
     Neh q bagi korang lirik lagu JL(Jiwang Leleh) dari gravity.

Hadirmu Sementara-Gravity

Sejak mula cinta kita bersemi
Kaulah teguhan dihati
Kumencuba menjagai hati
Kasih ini...

Tiap langkah kita rancang bersama
Saling melafaz setia
Dan berjanji tak mungkin berpisah
Sehati hidup berdua

Sekian lama membelai rasa
Sehingga diri penuh percaya
Bagaikan bunga yang mekar dihati
Tidak kuduga engkau berdusta
Pemanis kata mainan saja
Mengapa pula antara kita
Adanya dia kasih...

Tak perlu lagi mencari alasan
Tak perlu lagi nada berpesan
Biarkan saja hati terluka
Kerana dia...

Tiada guna menyesali diri
Tiada guna memujuk hati
Andaikan saja diantara kita
Tiada cinta...

Diriku umpama serpihan kaca
Tak perlu lagi engkau berdusta..

Haa. .itulah isim-isimnya ya nak. .kih3x...

selamat pulang kembali gostan

puas terpusing-pusing terbelek-belek terkebil-kebil dapatlah juga buat blog baru neh..hohoho. .(semangat betol neh. .:))tapi nak kata baru tu taklah baru. .Cuma blog gua ni dah macam hidup segan mati tak mau(kesian...:'()...dah lama sebenarnya tapi tak pernah pun update waima sepotong ayat. .kuikuikui...dah lah korang. .CSA malas nak tulis pepanjang. .:)

mengenai saya

Foto saya
Aku bangga tinggal kat kampung,kat pedalaman yang jauh dari kota.Kerana aku seorang pencinta suasana tenang.Pagi dengar burung berkicauan,petang dengar cengkerik berlagu bersahutan.Alangkah indahnya hidup...