Memaparkan catatan dengan label Lagu Malay. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lagu Malay. Papar semua catatan

Ahad, 5 Januari 2014

(lirik)Pertemuan Dua Hati-Gravity

Petang ol..Kali ni CSA nak kongsikan lagi lirik lagu leleh jiwang petang menanti malam.Gravity lagi..xda lain ke..hehehe...sori...

Aku selimuti malam
Dengan kisah siang hari
Pertemuan dua hati
Jejak yang lama kucari

Kau masih seperti dulu
Tidak mengawal emosi
Terlalu menggenggam janji
Janji yang menagih bukti

Cinta..hanya satu perkataan
Namun telah menguasai fikiran
Hingga aku sentiasa dipersalahkan

Rindu..bertukar menjadi dendam
Terpendamlah dihati paling dalam
Kau memaksa aku meneruskan jua..

Jangan pula engkau salah anggapan
Ini bukan kesinambungan cinta
Aku hanya memohon keampunan
Moga terhapus kesilapan lama

Kita tidak pernah berterus-terang
Kita menepis segala rintangan
Cinta remaja cinta yang gemilang
Hingga terpisah kerana kesilapan

Bukannya mudah mengaku salah
Setelah terhantuk baru terngadah
Maafkanlah hidupku telah berubah..

moga kalian mempertemukan apa yang dicari,dan moga terhibur..

Jumaat, 3 Januari 2014

hadirmu sementara-gravity

pagi all. .waktu pagi yang ceria tapi diselubungi awan hitam nak hujan memang mengundang rasa kejiwangan kan. .kan. .kan. .Disebabkan kejiwangan yang melanda,CSA layan 1 lagu yang jiwang jugak. .best jugak woo lagu dia. .band lelama jugaklah. .Rasanya CSA pun belum lahir lagi. .ki .ki. .ki. .
     Neh q bagi korang lirik lagu JL(Jiwang Leleh) dari gravity.

Hadirmu Sementara-Gravity

Sejak mula cinta kita bersemi
Kaulah teguhan dihati
Kumencuba menjagai hati
Kasih ini...

Tiap langkah kita rancang bersama
Saling melafaz setia
Dan berjanji tak mungkin berpisah
Sehati hidup berdua

Sekian lama membelai rasa
Sehingga diri penuh percaya
Bagaikan bunga yang mekar dihati
Tidak kuduga engkau berdusta
Pemanis kata mainan saja
Mengapa pula antara kita
Adanya dia kasih...

Tak perlu lagi mencari alasan
Tak perlu lagi nada berpesan
Biarkan saja hati terluka
Kerana dia...

Tiada guna menyesali diri
Tiada guna memujuk hati
Andaikan saja diantara kita
Tiada cinta...

Diriku umpama serpihan kaca
Tak perlu lagi engkau berdusta..

Haa. .itulah isim-isimnya ya nak. .kih3x...

mengenai saya

Foto saya
Aku bangga tinggal kat kampung,kat pedalaman yang jauh dari kota.Kerana aku seorang pencinta suasana tenang.Pagi dengar burung berkicauan,petang dengar cengkerik berlagu bersahutan.Alangkah indahnya hidup...