Isnin, 7 Julai 2014

Top 6 Ahli Gusti Bakal Bergelar Legenda

Nama-nama seperti Andrea The Great Giant,Jerry The King Lawler,dan Hulk Hogan sudah tidak asing lagi dalam dunia gusti,malah pemilik sah nama-nama ni telahpun bergelar legend.Ahli gusti ni telah pun berjaya menempa nama pada era masing-masing.Walaupun tidak lagi aktif dalam arena gusti,nama mereka tetap sering menjadi sebutan generasi sekarang.Fuhh...!! Memang legend gila.Gila pun tak legend macam dorang...

Tapi sekarang,lupakan seketika yang memang dah terover legend tu.Ni csa nak bagi pula top 6 ahli gusti yang kemungkinan besar bakal bergelar legend.Sebelum tu,csa dahpun buat sikit saringan kat bakal-bakal legend ni,dan sumanya negatif dadah...kuikuikui.....Bakal-bakal legend ni csa petik pada era WWF,zaman Hogan hampir kepada pencen,dan masa bermulanya kegemilangan WWF,dan bakal-bakal legend neh antara faktor yang menaikkan nama WWF sehinggalah ia diubah menjadi WWE dan secara tidak langsung membuatkan Vince McMahon bergelar pak jutawan..koh3x..

Baiklah..Jom kita interbiu bakal-bakal legend ni..Urutan dari nombor 6 hinggalah ke juara legend.Calon-calon bakal legend neh disenaraikan atas faktor penerimaan ramai,punya aura tersendiri dan lebih penting paling menyerlah sepanjang bergelar Badang WWF/WWE..


6. Big Show
Nama IC : Paul Randall Wight Jr
Debut : 1995-sekarang 
Finisher : ShowsTopper

Kenapa Big Show masuk gak.??Dia bukannya menyerlah sangat pun.Kalau Dibandingkan dengan Chris Benoit ke,Eddy Guerrero ke,dia ni jauh kalah..Ok takpe..Tapi jangan lupa,masa era WWF dulu dia neh antara yang paling digeruni.Cuma sekarang biasa la,body je masih tagap-tagap tapi tenaga dah tua..csa pilih juga dia neh coz gaya tempur dia yang cuma menampar dada je boleh buat lawan kepanasan.
Malah,dia mempunyai aura legend yang kemungkinan setaraf dengan Andrea The Great Giant.Siapa tahu dalam masa 20-30 tahun akan datang WWE perkenalkan match Memorial Big Show vs.Andrea.Penggusti akan datang menjulang piala@sabuk memorial dua orang giant neh.

5.Triple H
Nama IC : Paul Michael Levesque
Debut : 1992-sekarang
Finisher : Pedigree

Yang ni cukup mustahil untuk korang tak kenal.Sedangkan awek-awek yang tak minat gusti akan kenal kalau sebut je nama Triple H.Menantu kepada Vince McMahon neh memang sinonim dengan tukul ‘stheel‘nya.Ingat tukul otomatik ingat dia neh.Apa yang membuatkannya bakal bergelar legend tak lain tak bukan disebabkan tukul itu sendiri.Andai kelak si HHH ni pencen,tiada lagi gerak tempur  
yang ekstrem,hayun-hayun benda keras.Tetapi,itu bukanlah faktor terpenting.Tahukah korang yang sukan gusti WWE ni sendiri bertemakan the game sepanjang zaman.The game itu sendiri adalah tema bawaan Triple H.That mean The Game-Triple H-WWE-Triple H-The Game..Paham tak kitaran neh..Tapi jangan salah faham,Triple H memang layak jadi legend WWE tapi belum tentu jadi legenda gusti.Cuma calon je..Tapi itu dah cukup untuk Triple H meraih gelaran legend.Malah bertambah legend pulak coz dapat bermenantukan pemilik WWE..kikiki...

4. Kane
Nama IC : Glenn Thomas Jacobs
Debut : 1992-sekarang
Finisher : Tombstone Piledriver

Yang ni kemungkinan paling legend.Walaupun lepas pencen nanti,kemungkinan khidmatnya tetap diperlukan untuk menghidupkan api buat  
bbq.kikiki....Kane atau abang api neh boleh jadi akan bergelar legend dengan tema bawaannya.Perasan atau tak,setiap kali Kane meluru ke gelanggang,letupan api tersebut sering membuat penggusti yang lain terkejut beruk lebih-lebih lagi yang tak bersedia dengan kemunculannya.Setiap kemunculannya di gelanggang tanpa diundang menyebabkan match yang sedang berlangsung menjadi lebih porak -peranda.

3.The Rock
Nama IC : Dwayne Douglas Johnson
Debut : 1995
Finisher : Rock Bottom

Kalau korang tak kenal mamat neh dengan segala hormatnya dipersilakan lempar hp masing-masing kt simen.huhuhu..The Rock mempunyai banyak faktor yang membolehkannya bergelar legend.Selain dari ayat memasaknya yang menjadi ikutan,lambang brahma bull alias seekor kerbau jantan akan diingati sampai bila-bila.Penangan penamparnya yang cukup tangkas dan bertenaga juga akan dikenang para penggusti yang lain.Tapi itu bukanlah faktor yang ideal.Umum tahu,lebih-lebih lagi peminat gusti sendiri tahu bahawa The Rock adalah ikon gusti sepanjang masa.Yang ni csa tak tau nak kata apa.Terlalu banyak faktor yang boleh menjadikan The Rock bergelar legend.Pembaca sendiri boleh senaraikan.koh3x..

2. Stone Cold (Steve Austin)
Nama IC : Steven James Anderson
Debut : 1989
Finisher : Stun Gun

Musuh utama Vince McMahon.Dalam masa yang sama Stone Cold juga menjadi tulang belakang WWF dan awal WWE semasa era beliau sehingga arena gusti menuju puncak kegemilangan.Stone Cold juga boleh digelar simbol kebebasan dan keadilan dalam arena gusti coz tidak tunduk kepada storyline yang dikarang oleh Vince McMahon.Sama la macam Team The Shield sekarang ni.Patut pun Vince selalu angin dengan dia neh..Encek tin beer neh rasanya boleh jadi mentor kt WWE.

1. Undertaker
Nama IC : Mark William Calaway
Debut : 1984
Finisher : Tombstone Piledriver

Yang ni tak payah nak agak-agak..Memang akan jadi legend.Rekod tanpa kalahnya dalam acara WWE terbesar iaitu Wrestlemania sebanyak 20-0 boleh membuatkan penggusti lain tabik spring.Cuma acara Wrestlemania xxx-30 aritu Undertaker tak dapat pertahankan rekod 21-0.Almaklumlah dah tua amat.Rekod Undertaker telah dinafikan oleh makhluk belaan Paul Heyman iaitu Brock Lesnar.Apapun,dari pelbagai sudut dengan pelbagai timbang tara,faktor,dan aspek,Undertaker layak bergelar Super Legend.

Itulah senarai top 6 yang kemungkinan besar bakal bergelar legend.Tak dinafikan juga nama-nama lain boleh jadi legend seperti Edge.Tetapi setelah pencen dari arena gusti,nama Edge seakan tenggelam dari bibir peminat-peminat gusti.Shawn Micheal pula masih belum menentu statusnya.

Apapun,moga terhibur dengan post ni.

p/s : Suka diingatkan bahawa tiada apa-apa yang boleh membuktikan kesahihan post ni waima melalui Jabatan Audit Negara,Transperency mahupun Bank Negara Malaysia kerana penilaian neh adalah melalui budi bicara csa sendiri.Manakala senarai top 6 tersebut juga adalah melalui kajian csa sendiri dan tiada kena mengena dengan Jabatan kaji cuaca.

Ahad, 6 Julai 2014

Edit Gambar Menggunakan MS Publisher(gambar contoh)

Hai suma...

Lama dah csa tak jenguk blog ni.Sekali buka pintu jaring pak spider bergantung sana-sini..huhu..Tapi kira ok jugak la masih jaring pak spider,jangan nanti sekawan mambang yang dok naya kang...haru toi....Thanks juga kepada rakan taulan yang mai jenguk-jenguk blog csa ni sepanjang ketiadaan csa..membantutkan niat encek-encek mambang yang dah terpikir nak dok free...kihkihkih....

Ok la..ketiadaan csa semenjak 2 3 menjak ni ada sebabnya jugak...Csa tengah mengkaji satu menda neh dan hasilnya agak berbaloi la jugak.Menda kajian neh seperti tajuk post neh..Bajet saintis sungguh...kikiki...

Rasanya korang dah maklum apa menda yang disebut MS Publisher atau nama penuhnya dalam ic Microsoft Software Publisher.Ms publisher boleh dikatakan penting dalam melakukan pelbagai tugasan seperti mencipta@membentuk buisness form,buisness card,calendar,catalog,flyer dan banyak lagi.Hanya perlu memanfaatkan tool dan templat yang sudah disediakan..alaa...macam lampin pakai buang...kahkahkahkah...!!!!ok..ok..

Tapi tahukah kekawan yang ms publisher juga boleh digunakan untuk mengedit gambar yang disukai.Bagi orang yang buta tekno moden macam csa ni,ms publisher boleh dikatakan takda gading,tanduk pun jadi la.Contohnya,korang bergambar di dalam bilik dengan latarbelakangnya boleh jadi katil,almari pakaian atau meja solek.Sudah tentu latarbelakang tersebut agak kurang menyelerakan.Korang nak try ubah background tadi dengan pemandangan yang lebih mesra alam seperti berlatar belakangkan tasik,corak-corak,menara eiffel dan sebagainya.Tapi masalah lain timbul.Tak ada aplikasi photoshop,ada aplikasi photoshop tapi haram 1 tool pun tak tau guna,lagi teruk ada aplikasi photoshop,belajar guna aplikasi tu ulang sampai 4 5 ratus kali masih gak tak reti-reti(macam csa jugak..kekeke).Csa sarankan korang terjun ke ms publisher.Walaupun sistemnya tak dinafikan banyak kekurangan,tetapi hasilnya agak berbaloi.Yang kurangnya,csa rasa 3d tool je kot tak dapat nak guna.Yang lain semua ok..

Tak nak mencarut banyak,ni csa nak bagi contoh gambar yang telah diedit menggunakan ms publisher.Csa takda bajet nak order model,maka csa lantik sendiri jadi model dengan dibantu oleh 2 orang abang tagap-tagap yang juga merupakan ikon gusti...hehehe...

Taraaa....

Ni gambar time jadi manager Triple H..
Time ni Triple H dah pandai ngurat anak Vince McMahoon si Stephanie.
Gua order 2 orang bodyguard..Ko ada..Gua ada..Ko takda..Ko hisap jari je..Kahkahkah..!!
The Last Man Standing Match.Masa ni dah tak sehaluan lagi..Menangis-nangis juga budak ni time gua katok dia punya rambut..hehehe...
Yang ni penipuan besar-besaran..Seumur hidup tak pernah pijak pelantar minyak boleh juga ada kat situ.Walaupun dengan perasan yang teramat...koh3x...kaber line..

mengenai saya

Foto saya
Aku bangga tinggal kat kampung,kat pedalaman yang jauh dari kota.Kerana aku seorang pencinta suasana tenang.Pagi dengar burung berkicauan,petang dengar cengkerik berlagu bersahutan.Alangkah indahnya hidup...