Ahad, 6 Julai 2014

Edit Gambar Menggunakan MS Publisher(gambar contoh)

Hai suma...

Lama dah csa tak jenguk blog ni.Sekali buka pintu jaring pak spider bergantung sana-sini..huhu..Tapi kira ok jugak la masih jaring pak spider,jangan nanti sekawan mambang yang dok naya kang...haru toi....Thanks juga kepada rakan taulan yang mai jenguk-jenguk blog csa ni sepanjang ketiadaan csa..membantutkan niat encek-encek mambang yang dah terpikir nak dok free...kihkihkih....

Ok la..ketiadaan csa semenjak 2 3 menjak ni ada sebabnya jugak...Csa tengah mengkaji satu menda neh dan hasilnya agak berbaloi la jugak.Menda kajian neh seperti tajuk post neh..Bajet saintis sungguh...kikiki...

Rasanya korang dah maklum apa menda yang disebut MS Publisher atau nama penuhnya dalam ic Microsoft Software Publisher.Ms publisher boleh dikatakan penting dalam melakukan pelbagai tugasan seperti mencipta@membentuk buisness form,buisness card,calendar,catalog,flyer dan banyak lagi.Hanya perlu memanfaatkan tool dan templat yang sudah disediakan..alaa...macam lampin pakai buang...kahkahkahkah...!!!!ok..ok..

Tapi tahukah kekawan yang ms publisher juga boleh digunakan untuk mengedit gambar yang disukai.Bagi orang yang buta tekno moden macam csa ni,ms publisher boleh dikatakan takda gading,tanduk pun jadi la.Contohnya,korang bergambar di dalam bilik dengan latarbelakangnya boleh jadi katil,almari pakaian atau meja solek.Sudah tentu latarbelakang tersebut agak kurang menyelerakan.Korang nak try ubah background tadi dengan pemandangan yang lebih mesra alam seperti berlatar belakangkan tasik,corak-corak,menara eiffel dan sebagainya.Tapi masalah lain timbul.Tak ada aplikasi photoshop,ada aplikasi photoshop tapi haram 1 tool pun tak tau guna,lagi teruk ada aplikasi photoshop,belajar guna aplikasi tu ulang sampai 4 5 ratus kali masih gak tak reti-reti(macam csa jugak..kekeke).Csa sarankan korang terjun ke ms publisher.Walaupun sistemnya tak dinafikan banyak kekurangan,tetapi hasilnya agak berbaloi.Yang kurangnya,csa rasa 3d tool je kot tak dapat nak guna.Yang lain semua ok..

Tak nak mencarut banyak,ni csa nak bagi contoh gambar yang telah diedit menggunakan ms publisher.Csa takda bajet nak order model,maka csa lantik sendiri jadi model dengan dibantu oleh 2 orang abang tagap-tagap yang juga merupakan ikon gusti...hehehe...

Taraaa....

Ni gambar time jadi manager Triple H..
Time ni Triple H dah pandai ngurat anak Vince McMahoon si Stephanie.
Gua order 2 orang bodyguard..Ko ada..Gua ada..Ko takda..Ko hisap jari je..Kahkahkah..!!
The Last Man Standing Match.Masa ni dah tak sehaluan lagi..Menangis-nangis juga budak ni time gua katok dia punya rambut..hehehe...
Yang ni penipuan besar-besaran..Seumur hidup tak pernah pijak pelantar minyak boleh juga ada kat situ.Walaupun dengan perasan yang teramat...koh3x...kaber line..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan