Sabtu, 4 Januari 2014

Hantu usung keranda

Salam ol..Malam ni admin CSA nak story sket pengalaman admin melihat penampakan satu entiti yang kita sering gelar hantu..Terpulang to u ol nak percaya atau tidak..Dalam story ni admin CSA gelarkan diri sebagai Jang..
   Kejadian berlaku dalam tahun 2007.Masa tu Jang masih lagi bersekolah,form 4 dan  tinggal kat hostel.Masa kat sekolah tu,Jang sering diminta untuk membantu pak guard mengawal keselamatan sekolah bersama beberapa rakan lain.Fungsinya lebih kepada mengawal keselamatan hostel perempuan.Sebab time tu kes pencerobohan orang luar sering berlaku.Alaa..lelaki nak bawa lari anak dara orang le...Dan tak dinafikan ada juga perempuan yang tergedik rela dibawa lari..Tang tu yang kitorang nak kawal..
  Dipendekkan cerita,malam time team kitorang jaga,cuaca malam tu agak mendung,tapi bulan tetap bersinar terang siap lagi time tu bulan purnama..hehehe...(pelik tak?).Tambah lagi angin bertiup terkadang kuat ada kala sempoi je...Alahai..citer pasal hantu ke cuaca ni..?
   Baiklah,sambung crita.Base kitorang berhadapan dengan pagar utama hostel pmpuan,dalam jarak lebih kurang 50m.hostel tu ada 3 bangunan 2 tingkat,saling berhadapan.Belakang hostel pula hutan tebal dan berdekatan pagar belakang hostel ada sepohon pokok ara.(seram tak).Oh ya,sekolah Jang kalau tak salah dah berusia 50 tahun,dan pohon ara tu menurut senior dedulu memang dah ada sebelum sekolah dibina.Base kitorang dengan hostel dipisahkan dengan gelanggang bola jaring dan bola tampar.sori..panjang berjela..Jang nak bagi gambaran tempat coz nanti ada kaitan dengan crita Jang.Teruskan membaca..hehe..
   Team malam tu Jang,atoi,wil,cris,mikal,dan ery(kecuali Jang,yang lain bukan nama sebenar).Maksudnya ada 3 pasukan terdiri dari dua orang.Jang bertugas dengan atoi.Dalam lebih kurang nak dekat pukul 2 pagi,after warden bertugas wat sket check up,tngok apa yang patut,kepak ayam dan kopi kena cukup untuk bbq(untuk elak ngantok lorh..hehe),lepas tu macam biasa dorang balik tidur,tinggallah kitorang berenam.Dalam 3 team tu,4 orang akan meronda di sekitar kawasan sekolah dan 2 lagi akan berada di base untuk meninjau kawasan hostel pmpuan(x leh msuk dalam hostel,cuma tinjau dari luar pagar),yang pak guard 2 orang tu kekal berjaga kat gate utama.Malam tu angin semakin kencang tapi tak ada tanda-tanda nak ujan.Mulalah episod kena buli dek hantu..hehe..
   Malam tu Jang dengan atoi dok kat base yang lain ronda.(klau tau ada free show mlam tu,minta laluan nk dok kat base).Mulanya tiada sebarang gangguan.Jang dengan atoi macam biasa borak kosong sambil hdupkan api wat bbq.Dalam selang 10 minit gitu,kedengaran anjing ketawa..eh..salah..menyalak .Seram jugaklah bunyi anjing tu.Atoi yang tadi celoteh bercakap tetiba je senyap.Then,Jang pula bulu tengkuk dah berdiri semacam,sambil mata melilau kat asrama pmpuan.Time tu lah Jang terlihat seperti ada orang usung sesuatu keluar dari asrama perempuan di sebelah kanan.Tapi kalau orang masakan keluar dari pintu main tembus je tak buka pintu dulu..Apalagi Jang dah agak memang hantu!!
  1 keranda tu ada dalam 7 orang yang usung.6 usung 1 orang mcam jadi pengiring coz berada paling hadapan.Benda tu jalan pelan-pelan(bleh jadi melayang jugaklah,tak pasti).
   "atoi..atoi..kau lihat tak apa benda kat asrama tu?atoi..atoi.."
   sekali pandang tepi tau-tau atoi dah tapuk kt pohon bunga..apa punya kawan la...Jang tak berlengah ikut tapuk sama.
   "Jang,apa benda tu.Lain macam je.."tanya atoi.
    "aku pun nak tanya kau,siapa yang nak jawab?".
   Seingat Jang,ada 12 keranda yang diusung,mengelilingi 3 hostel perempuan tu sebanyak 11 kali,sebelum masing-masing meletakkan keranda tersebut di gelanggang bola keranjang.(kan..kan..ada kaitan dengan tempat yang Jang story tadi kan..).Then,beberapa minit kemudian,menda tu hlang.Yang jadi semakin pelik,time menda tu hilang tetiba pulak 11 orang pelajar perempuan baring terkujur kat tempat keranda diletakkan tadi.Setahu Jang,tadi time menda tu usung keranda tak nampak pun pelajar perempuan diangkat menda tu..fuhh..
   Lepas menda tu hilang,anjing menyalak lebih kuat dan bersahutan,time tu Jang dan Atoi dah pecut pi rumah cikgu Nency(warden hostel pmpuan,mampu melihat alam yang 1,dapat berinteraksi dgan mahkluk halus macam menda tu tadi,bekas askar commando,and bukan nama sebenar).Sebelum tu,melalui radio call@walkie talkie,atoi suh kawan yang 4 orang tadi balik ke base jaga amoi 11 orang tu.
   Tak perlu diceritakan,tanpa buang masa Cikgu Nency bergegas pergi ke gelanggang coz dari kejauhan dapat dengar bebudak pempuan tu macam dah kena rasuk.
  Sampai kat gelanggang,kebanyakkan warden lelaki dan pmpuan dh bkumpul kawal keadaan.Proses pemulihan tu agak lama juga.Susah nak cerita.Tapi dari apa yang Jang dengar,salah seorang pelajar yang mewakili 11 orang lagi dan "mewakili" menda tu beri amaran,bersihkan tempat di sekeliling kawasan pohon ara kat belakang asrama tu yang menjadi tapak pembuangan "roti".11 orang pelajar tu kerap buang "roti" kat situ.Jika tidak,keranda yang ke-12 akan diisi dengan semua jiwa pelajar perempuan.
   Lebih kurang gitulah kisahnya.Pagi tu,11 orang pelajar tu diperintah mengutip balik "emas" yang dibuang kat situ sambil ditemani seorang ahli agama dan Cikgu Nency.

Tiada ulasan:

mengenai saya

Foto saya
Aku bangga tinggal kat kampung,kat pedalaman yang jauh dari kota.Kerana aku seorang pencinta suasana tenang.Pagi dengar burung berkicauan,petang dengar cengkerik berlagu bersahutan.Alangkah indahnya hidup...