Jumaat, 23 Mei 2014

Tips mudah mengenali cermin biasa dan cermin 2 arah

kali ini,CSA nak kongsikan sedikit tips yang berguna terutama kepada wanita di luar sana khasnya anak dara,awek muda dan siapa-siapa sahaja yang mahu terselamat dari menjadi pelakon lasak tak berbayar...hahahaha....

Seringkali jika kita masuk ke mana-mana tandas samada tandas awam,restoran,hotel,atau bilik persalinan dan lain-lain,selalunya cermin yang tergantung di dinding jarang sekali diambil pusing.

Tahukah anda bahawa terdapat juga cermin 2 arah digunakan di tandas atau bilik persalinan.Cermin 2 arah ini sering digunakan di bilik soal siasat di balai-balai polis seperti yang selalu kita lihat dalam filem-filem,yang mana anda tidak dapat melihat sesuatu di hadapan cermin kecuali anda,tetapi di belakang cermin tersebut sebenarnya ada orang ataupun video perakam.

Tetapi dengan tips yang akan CSA kongsikan,anda tidak perlu lagi risau,sangsi dan was-was,yang penting anda waspada dan berhati-hati..

Caranya begini,cermin muka dan cermin 2 arah,walaupun kelihatan sama,tetapi terdapat juga perbezaan.

-letakkan hujung kuku anda pada  cermin.Jika terdapat pisahan pada bayangan kuku anda,maka ia adalah cermin biasa dan selamat.Tetapi jika sebaliknya,iaitu kuku/jari yang anda letakkan pada cermin tadi kelihatan bersambung dengan bayangan dalam cermin,sebaiknya tinggalkan sahaja bilik tersebut.Ini bagi mengelakkan diri anda menjadi mangsa video-video basah.

Jika anda masih keliru cara praktiknya,rujuk pada gambar model yang diberikan..Tanda betul adalah cermin biasa dan begitu juga sebaliknya.

Itulah tadi tips mudah tetapi berkesan..Moga bermanfaat..tq..

Tiada ulasan:

mengenai saya

Foto saya
Aku bangga tinggal kat kampung,kat pedalaman yang jauh dari kota.Kerana aku seorang pencinta suasana tenang.Pagi dengar burung berkicauan,petang dengar cengkerik berlagu bersahutan.Alangkah indahnya hidup...